Friday, January 1, 2010

Withoutyou Contest Mesti Join-Kisah Cinta

'create

Saya Join Contest ni :)
Nak join [Klik sini]
          Seperti yang kita tahu. dalam kehidupan kita, setiap orang akan merasa saat suka dan duka. Fatin rasa tuan blog juga pernah melalui saat-saat itu. :) Begitu jugalah dengan Fatin. Fatin juga penah melalui saat suka dan duka dalam kehidupan Fatin. Contest yang vivagirl jalankan ini dapat mengimbas kembali saat itu dalam kehidupan Fatin. Kisah ini adalah kisah Cinta yang pernah Fatin lalui. Cerita ini bukan direka tapi memang Fatin penah rasainya. [Mungkin orang akan menganggap " Alah Cinta budak-budak atau pun lebih dikenali Cinta Monyet] "Cinta Itukan Buta", seperti tulah diri Fatin semasa bercinta dengan lelaki itu. [Nama lelaki itu ialah Mohd Faris Amir, nama panggilannya Ali]



        
Mohd Faris Amir




********************
          Cinta!!! Seseorang itu boleh menjadi bodoh dan tidak berfikir panjang hanya kerana CINTA....Hanya kerana Cinta juga seseorang itu boleh bergaduh, saling membenci & saling memburukkan antara satu sama lain. Yew..Fatin pernah bergaduh & pernah membenci seorang gadis hanya kerana lelaki itu. Mungkin juga itu bukan salah Fatin, dan mungkin juga salah Fatin. Entahlah...sekarang semuanya sudah berlalu. Fatin harap kisah Fatin ini dapat memberi pengajaran kepada Couple-couple lain diluar sana ^_^
          Disini Fatin sertakan dengan lagu yang Fatin rasakan ianya berkaitan dengan kisah Fatin ini. [Kisahnya begini] "Lelaki inilah yang telah mengajar kepada Fatin "Apa Itu Cinta" dan dia jugalah yang berjaya menghancurkannya". Dengarlah dan hayatilah lagu ini yang dapat mengimbas kisah Fatin ini ^_^







*********************
         Setelah lima tahun kami saling mengenali dan "bergelar pasangan Couple" dengan senang hatinya dia melupakannya dan memberikan hatinya kepada gadis lain. Ya... dia mencintai gadis lain. Fatin Hanani hampir-hampir diperbodohkan oleh lelaki yang bernama Faris Amir itu. Itulah padahnya bila kita terlalu memberi kepercayaan kepada pasangan dan harapkan dia jujur tapi sebaliknya yang belaku. Fatin telah ditipu oleh lelaki itu dan dengan senyap dia berkasih-kasihan dengan perempuan lain. Senangnya dia berpaling dan mencintai gadis lain. Fatin yang sentiasa setia ni jadi macam orang bodoh saja dok percaya sama dia. Wah!!! betul kata orang, bila kita setia & sayang mereka seorang sahaja, pasti mereka akan mengambil kesempatan.[Tapi x semua orang macam tu kan vivagirl?? entahlah!!]
          Sebelum ini dia boleh bertepuk tangan kerana dapat bermain sembunyi-sembunyi dengan Fatin Hananikan. Tapi akhirnya rahsia Faris Amir terbongkar juga dengan kesilapan mulutnya sendiri. Yah, time tu Fatin Hanani pula bertepuk tangan sinis. Mungkin dia juga tidak menyangka hari itu akan terbongkar semuanya. Seperti peribahasa ini Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Apa yang dia sembunyikan tidak akan boleh disimpan selamanya. Tapi Fatin sedih sangat sebab Jiran Fatin(Afiq) sendiri@ kawan Fatin bersubahat dengan Faris. Dia sanggup membantu Faris menyimpan semua rahsia ini. Memang mereka kawan tapi Fatin ini apa?? Bukan kawan?? Habis apa?? Lawan ka??? [Tertanya-tanya sampai sekarang]
          ********************
          Disebabkan Faris juga Fatin dan Gadis itu bertengkar. Serius Fatin cakap, tidak pernah sekali pun Fatin bertengkar dengan orang. Itulah kali pertama dan mugkin juga yang terakhirnya. Kami kenal apabila gadis itu mula menghantar mesej pada Fatin di Myspace. Fatin tahu semuanya bukan salah gadis itu dan dia tak tahu Faris Amir dah ada makwe. Disebabkan ni juga Fatin add gadis itu dan mintak maaf atas kesalahan yang Faris  buat pada dia dan kami mula berkawan di Myspace. Tapi x disangka pula disebabkan niat baik Fatin ini, Fatin akan bertengkar dan mulalah drama bermaki hamun sesama kami. Fatin yang dituduh dia datang menagih cinta lelaki tersebut. (Dia cakap kat rakan-rakan myspace kisah dia seperti dalam lagu banduan cinta tiga segi) Dalam lagu itu seperti mengatakan Fatin ini yang datang kembali menagih cinta si dia dan menyebabkan mereka tidak dapat bersama. Padahal Fatin dengan lelaki itu masih pasangan couple semasa lelaki itu curang (Senang kata time mereka berdua bergelar pasangan couple). Itu maknanya bukan Fatin yang datang menagih cinta lelaki itu!!!!!----=.=
          Di sinilah akhirnya hubungan kami apabila Faris mintak putus dengan Fatin dan pada hari itu juga.. Gadis itu hantar mesej pada Fatin dan mengatakan Faris mintak couple semula dengan dia.[Fatin xtau sama ada itu kebetulan atau memang dirancang. Tak mau fikir bukan. Biar la mugkin putus jalan penyelesaiannya] Itulah kali terakhir Fatin couple dengan Mohd Faris Amir Bin Mohd Dahlan. Walaupun berat hati dan terasa sakit sesangat tapi apa gunanya fikirkan lelaki yang x pandai nak hargai Fatin. Sedih sememangnya sedih tapi sampai bila nak ikutkan hati sedih nikan Kak Zana hehe. ^_^
          Alhamdulillah.... semua itu hanyalah kenangan semata-mata. Sekarang Fatin dah berjaya lupakan dia seratus peratus. Mungkin bukan jodoh kami bersama :). Fatin pun dah menjumpai pengganti Faris Amir iaitu Muhammad Azizi. Fatin harap dia bukanlah lelaki seperti itu Amin!!! ^_^
          Jika vivagirl tidak keberatan dan vivagirl nak tau kisah Fatin & Azizi pula bolehlah vivagirl Klik (Inilah Cinta). Lagu ini menceritakan bagaimana mulanya kami bertemu sehinggalah perasaan kami sekarang. (^_^). Fatin harap vivagirl tak marah sebab entry Fatin terlalu panjang hehe dan doakan kami berdua ehh semoga kejinjing pelamin hahakzz (^_^) hehe.
          Akhir kata, Fatin just nak mengucapkan terima kasih kepada Mohd Faris Amir kerana pernah hadir dalam hidup Fatin walaupun sekejap. Semoga dia dapat mencari kebahagian hidup dia bersama Anith Afiqah (Gadis baru dalam hidup dia.)
** Last kali, sekarang kedua-dua kami tak dapat Mohd Faris Amir...Anith Afiqah yang dapat :) huhu Penat ja bertengkarkan hehe..Padan Muka. Pasal laki pun nak gaduh Fatin!!!! ****


 Gambar kenangan kami :)
dan akan tinggal kenangan selamanya ^_^






Ini Plak Gambar kenagan Fatin dan Azizi :)












Muhammad Azizi
Semoga ada jodoh antara kami berdua Amin!!!!



Akhir Sudah Cerita Ini
(^_^)



         

No comments: